Friday, July 30, 2010

Wajah-Wajah Unit Asrama

Entah apa lah yang PPM Sahrin ketawa kan...Luan labih bergaya pakah?...
Penyelia Asrama,En Ayuradimen mengetuai projek simen fero papan tanda kolam asrama.Hari ini kolam tersebut menjadi mercu tanda asrama.Syabas.
PPM Arwan tanpa jemu membersihkan kawasan asrama.Asal hujan saja 'kamah tiak' kawasan asrama SKUM,tapi kami warga asrama tidak pernah mengenal erti menyerah.CUCI TETAP CUCI.....

Mini Perpustakaan Asrama


Penubuhan mini perpustakaan asrama SK Ulu Merapok menjadi mercu tanda kepada usaha memupuk budaya membaca dikalangan warga asrama.Sumbangan buku-buku daripada Yayasan Sarawak dan PIBG SKUM amat bermakna jesteru sumbangan bahan-bahan bacaan daripada mana-mana pihak dialu-alukan.Sambutan para murid asrama sangat baik apabila mereka senantiasa ingin memasuki mini perpustakaan untuk membaca.Tahniah dan syabas kepada unit asrama.

Sunday, July 18, 2010

Lawatan Unit Asrama Ke Asrama SK Agama




Menepati taqwim asrama SK Ulu Merapok 2010,lawatan Unit Asrama SKUM berjaya direalisasikan dengan kerjasama padu semua pihak.SK Agama MIS sememangnya unggul dan cemerlang dalam banyak aspek khususnya asrama mereka yang boleh dijadikan sebagai contoh bagi asrama sekolah di Daeral Lawas yang mungkin sedang 'teraba-raba' mencari sentuhan untuk mengindahkan asrama.Ribuan terima kasih kepada GB SK Agama MIS,Tn Hj Omar Matusin yang amat mesra dan peramah serta sudi pula berkongsi pengetahuan dalam hal urus tadbir asrama,begitu juga para PK-PK SK Agama MIS yang murah dengan senyuman menyambut ketibaan rombongan kami.Layanan yang tuan-tuan semua berikan kepada kami bertaraf lima bintang.Thank You So Much.

Sunday, June 6, 2010

Kelas Malam HIPERS



Semua penghuni asrama tahun 4,5 dan 6 dipastikan wajib hadir kelas HIPERS.Terima kasih pada Yayasan Sarawak yang telah sekian lama memilih SKUM sebagai antara sekolah yang menerima sejumlah peruntukan kewangan bagi pelaksanaan HIPERS.Kelas HIPERS amat membantu para pelajar SKUM khusunya penghuni asrama untuk melakukan lonjakan dalam bidang kurikulum.Terima kasih pada yang terlibat.

Simen Fero & Pondok Bacaan


Penghuni asrama memang tidak lokek tenaga.Mereka ingin membantu walaupun kadang-kadang tidak disuruh.Projek Simen Fero Penyelia Asrama turut mendapat sentuhan penghuni asrama

Pondok bacaan asrama dicat baru.Lebih ceria dan bersih.Penghuni asrama pun selesa mengulangkaji pelajaran.Peringatan untuk semua penghuni asrama,tolong jangan pijak bangku pondok bacaan asrama yea..

Thursday, May 27, 2010

Warga Tadbir Asrama 2010

Inilah wajah-wajah baru warga tadbir asrama SKUM.Rakaman ucapan terima kasih pada mantan waden 2009,Tn Hj Hifni (PK 1) yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada unit asrama.Ucapan selamat bertugas kepada waden baru,Ust Supian Awg Hamat semoga bersemangat menggalas tanggungjawab yang berat ini.
Ini pula ialah barisan pengawas asrama SKUM yang dipilih kalangan murid asrama yang berwibawa,amanah dan berkarisma bagi memikul tanggungjawab membantu unit asrama mentadbir asrama dengan berkesan.Mereka semua telah diberikan maklumat dan latihan yang berkaitan.Semoga cemerlang melaksanakan amanah.

Monday, May 24, 2010

Warna Warni Asrama SKUM





Asrama yang selesa merangkumi keceriaannya yang mendamaikan setiap mata yang memandang,jesteru usaha bersepadu kalangan warga asrama wajar diberi merit kerana kejayaan mewujudkan persekitaran yang menarik walaupun diketahui umum bahawa kawasan sekolah selalu ditenggelami air.Tahulah kalau kawasan yang selalu tenggelam ianya akan mudah kotor dan kadang-kadang menjijikkan tetapi warga asrama tetap positif,melakukan apa yag patut dan mampu.Hasilnya agak 'lumayan' seperti yang anda saksikan.
"BERFIKIRAN POSITIF & OPTIMIS KUNCI KEJAYAAN"

Cerita Abang Shahrin (PPM)


Pada 10 Mei 2010,kereta PPM Shahrin telah melencong masuk ke dalam parit tepi jalan.Menurut saksi kejadian,kereta PPM Shahrin telah berpusing-pusing macam kartun lalu terhumban dalam parit sebelah jalan.Nasib baik sentiasa menyebelahi kita,PPM Shahrin tidak mengalami sebarang kecederaan manakala keretanya sedikit 'cedera'.Sekian saja laporan daripada blog asrama SKUM.

Monday, May 17, 2010

BBQ Asrama 2010



Pada malam Jumaat selepas berakhirnya Kem Kepemimpinan Pengawas Asrama 2010, diadakan pula BBQ untuk semua murid asrama sebagai menghargai dan menghiburkan mereka yang tidak terpilih mengikuti Kem Pengawas Asrama dan yang berjauhan dengan ibubapa. Memang meriah dan menyeronokkan apabila semua bekerjasama menjayakan malam tersebut.Dimeriahkan lagi dengan kehadiran Guru Besar dan GPK-GPK serta para guru.Pada malam itu juga GB sudi merasmikan majlis Penutupan Kem Kepimpinan Pengawas Asrama. dan menyampaikan hadiah kepada yang menang.Terima kasih semua.

Kem Kepemimpinan Pengawas Asrama Ep.7



Hari Khamis merobohkan khemah,membersihkan dan menjemur khemah.Ucapan terima kasih kepada PPDK Lawas yang telah meminjamkan khemah kepada kami.Kami akhiri coretan ini dengan serangkap pantun:
"Terima kasih daun keladi,lain kali pinjam lagi"