Thursday, May 27, 2010

Warga Tadbir Asrama 2010

Inilah wajah-wajah baru warga tadbir asrama SKUM.Rakaman ucapan terima kasih pada mantan waden 2009,Tn Hj Hifni (PK 1) yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada unit asrama.Ucapan selamat bertugas kepada waden baru,Ust Supian Awg Hamat semoga bersemangat menggalas tanggungjawab yang berat ini.
Ini pula ialah barisan pengawas asrama SKUM yang dipilih kalangan murid asrama yang berwibawa,amanah dan berkarisma bagi memikul tanggungjawab membantu unit asrama mentadbir asrama dengan berkesan.Mereka semua telah diberikan maklumat dan latihan yang berkaitan.Semoga cemerlang melaksanakan amanah.

Monday, May 24, 2010

Warna Warni Asrama SKUM





Asrama yang selesa merangkumi keceriaannya yang mendamaikan setiap mata yang memandang,jesteru usaha bersepadu kalangan warga asrama wajar diberi merit kerana kejayaan mewujudkan persekitaran yang menarik walaupun diketahui umum bahawa kawasan sekolah selalu ditenggelami air.Tahulah kalau kawasan yang selalu tenggelam ianya akan mudah kotor dan kadang-kadang menjijikkan tetapi warga asrama tetap positif,melakukan apa yag patut dan mampu.Hasilnya agak 'lumayan' seperti yang anda saksikan.
"BERFIKIRAN POSITIF & OPTIMIS KUNCI KEJAYAAN"

Cerita Abang Shahrin (PPM)


Pada 10 Mei 2010,kereta PPM Shahrin telah melencong masuk ke dalam parit tepi jalan.Menurut saksi kejadian,kereta PPM Shahrin telah berpusing-pusing macam kartun lalu terhumban dalam parit sebelah jalan.Nasib baik sentiasa menyebelahi kita,PPM Shahrin tidak mengalami sebarang kecederaan manakala keretanya sedikit 'cedera'.Sekian saja laporan daripada blog asrama SKUM.

Monday, May 17, 2010

BBQ Asrama 2010



Pada malam Jumaat selepas berakhirnya Kem Kepemimpinan Pengawas Asrama 2010, diadakan pula BBQ untuk semua murid asrama sebagai menghargai dan menghiburkan mereka yang tidak terpilih mengikuti Kem Pengawas Asrama dan yang berjauhan dengan ibubapa. Memang meriah dan menyeronokkan apabila semua bekerjasama menjayakan malam tersebut.Dimeriahkan lagi dengan kehadiran Guru Besar dan GPK-GPK serta para guru.Pada malam itu juga GB sudi merasmikan majlis Penutupan Kem Kepimpinan Pengawas Asrama. dan menyampaikan hadiah kepada yang menang.Terima kasih semua.

Kem Kepemimpinan Pengawas Asrama Ep.7



Hari Khamis merobohkan khemah,membersihkan dan menjemur khemah.Ucapan terima kasih kepada PPDK Lawas yang telah meminjamkan khemah kepada kami.Kami akhiri coretan ini dengan serangkap pantun:
"Terima kasih daun keladi,lain kali pinjam lagi"

Kem Kepemimpinan Pengawas Asrama Ep.6



Malam bakat mencungkil keberanian para peserta untuk berhadapan dengan audiens. Membuang segala kegugupan & ketakutan lalu mencabar minda untuk beroperasi bagi mencapai matlamat mempersembahkan sesuatu yang menghiburkan serta bermesej.

Saturday, May 15, 2010

Kem Kepemimpinan Pengawas Asrama Ep.5






Larian Komando amat merujakan.Lasak dan mencabar.Mementingkan prinsip keselamatan menerusi kerjasama kumpulan.Saling bantu membantu dan menjauhi sifat mementingkan diri sendiri.

Friday, May 14, 2010

Kem Kepemimpinan Pengawas Asrama Ep.4



Slot latihan dalam kumpulan menekankan aspek pembinaan kumpulan,kerjasama,keyakinan diri,keberanian menyatakan pendirian,aktif,kemahiran mendengar & menyampaikan maklumat.
fasilitator merasionalisasikan aktiviti & membuat perkaitan dengan realiti kehidupan seharian peserta.

Kem Kepemimpinan Pengawas Asrama Ep.3



Para peserta berdikari memasak sendiri makanan mereka.Tinjauan yang dilakukan secara rawak mendapati para peserta amat 'enjoy' memasak & makan ditapak perkhemahan.Fasilitator memantau agar prinsip keselamatan dipatuhi.

Kem Kepemimpinan Pengawas Asrama Ep.2





Barisan urusetia,fasilitator dan mereka yang disebalik tabir,mendokong penuh komitmen untuk memastikan kejayaan Kem Kepemimpinan Pengawas Asrama 2010.Jasa & budi kalian amat dihargai.