Kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat isinya...ya itulah pepetah yang tepat apabila para penghuni asrama SKUM dilatih dengan pelbagai disiplin agar mereka suatu masa nanti muncul sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab dan bermanafaat untuk semua.Mereka dilatih supaya berdikari dan peka dengan persekitaran khususnya asrama sekolah.Ketrampilan dan kebersihan amat dititikberatkan jesteru amalan bergotong-royong kerap kali diadakan.Secara tidak langsung asrama SKUM menjadi indah dan cantik.
Kadang-kadang ada juga persepsi serong yang melihat bahawa kita memerah tenaga penghuni asrama sewenang-wenangnya tapi percayalah bahawa kami berpegang teguh kepada prinsip "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" dan dalam banyak tindakan kami amat mementingkan nilai kekeluargaan serta tunjuk ajar berasaskan kasih sayang yang tulus.
"PENDIDIKAN RABBANI ASAS PEMBENTUKAN DISIPLIN SEJATI"
0 comments:
Post a Comment