Sunday, May 2, 2010

Usaha Tangga Kejayaan



Dah lama dah orang dok kata,usaha jangan tak usaha sebab usaha tu tangga menuju kejayaan dan ketahuilah bahawa banyak sudah contoh-contoh orang yang berjaya kerana berusaha bahkan ketahuilah bahawa usaha mereka bukan alang-alang,jesteru mereka pun mengecapi kejayaan yang bukan alang-alang.Lihat sahaja Thomas Alva Edison yang berusaha mencipta lampu. Percubaanya mencecah 10 000 kali,Beliau bekerja 18 jam sehari (puh..kita kerja 8 jam sehari kira hebat sudah),lihat juga Kolonel Sanders yang cuba menjual resepi KFC milik keluarganya. Percubaannya mencecah 1000 kali,baru lah berjaya (rujuk buku 55 petua orang Berjaya karangan Dr Fadzilah Kamsah)....tah...hebat sungguh mereka,tidak mengalah walaupun gagal bahkan semakin rajin berusaha.

Ayuh kita juga mahu jadi seperti mereka.Tahun 2009 pertandingan asrama cemerlang Daerah Lawas,no.4 milik kita,tahun ini kita mau top 3.Bersama kita sehati sejiwa bukan berdansa tetapi berusaha dengan lebih gigih dan gigih lagi.Bye2....

"ORANG YANG BERHENTI TIDAK AKAN MENANG DAN
ORANG YANG MENANG TIDAK AKAN BERHENTI"

0 comments:

Post a Comment