Inilah wajah-wajah baru warga tadbir asrama SKUM.Rakaman ucapan terima kasih pada mantan waden 2009,Tn Hj Hifni (PK 1) yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada unit asrama.Ucapan selamat bertugas kepada waden baru,Ust Supian Awg Hamat semoga bersemangat menggalas tanggungjawab yang berat ini.
Thursday, May 27, 2010
Monday, May 24, 2010
Warna Warni Asrama SKUM
Asrama yang selesa merangkumi keceriaannya yang mendamaikan setiap mata yang memandang,jesteru usaha bersepadu kalangan warga asrama wajar diberi merit kerana kejayaan mewujudkan persekitaran yang menarik walaupun diketahui umum bahawa kawasan sekolah selalu ditenggelami air.Tahulah kalau kawasan yang selalu tenggelam ianya akan mudah kotor dan kadang-kadang menjijikkan tetapi warga asrama tetap positif,melakukan apa yag patut dan mampu.Hasilnya agak 'lumayan' seperti yang anda saksikan.
"BERFIKIRAN POSITIF & OPTIMIS KUNCI KEJAYAAN"
Cerita Abang Shahrin (PPM)
Pada 10 Mei 2010,kereta PPM Shahrin telah melencong masuk ke dalam parit tepi jalan.Menurut saksi kejadian,kereta PPM Shahrin telah berpusing-pusing macam kartun lalu terhumban dalam parit sebelah jalan.Nasib baik sentiasa menyebelahi kita,PPM Shahrin tidak mengalami sebarang kecederaan manakala keretanya sedikit 'cedera'.Sekian saja laporan daripada blog asrama SKUM.
Monday, May 17, 2010
BBQ Asrama 2010
Pada malam Jumaat selepas berakhirnya Kem Kepemimpinan Pengawas Asrama 2010, diadakan pula BBQ untuk semua murid asrama sebagai menghargai dan menghiburkan mereka yang tidak terpilih mengikuti Kem Pengawas Asrama dan yang berjauhan dengan ibubapa. Memang meriah dan menyeronokkan apabila semua bekerjasama menjayakan malam tersebut.Dimeriahkan lagi dengan kehadiran Guru Besar dan GPK-GPK serta para guru.Pada malam itu juga GB sudi merasmikan majlis Penutupan Kem Kepimpinan Pengawas Asrama. dan menyampaikan hadiah kepada yang menang.Terima kasih semua.
Kem Kepemimpinan Pengawas Asrama Ep.6
Malam bakat mencungkil keberanian para peserta untuk berhadapan dengan audiens. Membuang segala kegugupan & ketakutan lalu mencabar minda untuk beroperasi bagi mencapai matlamat mempersembahkan sesuatu yang menghiburkan serta bermesej.
Saturday, May 15, 2010
Friday, May 14, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)